HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Mangsa di Sarawak meningkat, Sabah negeri terbaharu dilanda banjir

-

Jumlah mangsa Banjir di Sarawak meningkat 1,026 orang manakala di Sabah seramai 224 mangsa dipindahkan ke PPS.

6
Shares
Total Views: 380
Free Malaysia Today
Sebanyak 14 pusat pemindahan sementara dibuka di Sarawak akibat banjir di negeri itu dengan Serian mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 374 orang. (Gambar JBPM)

KUALA LUMPUR:
Jumlah mangsa banjir di Sarawak merekodkan 1,026 orang pagi ini susulan bencana yang melanda kawasan selatan negeri berkenaan sejak malam tadi, sementara Sabah menjadi negeri terbaharu dilanda banjir.

Di Sarawak, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, memaklumkan sebanyak 14 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di seluruh negeri itu melibatkan daerah Kuching, Serian, Bintulu, Miri, Siburan, Tatau, Bau dan Simunjan.

Serian mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 374 orang di enam PPS dan Siburan dengan 135 mangsa di dua PPS, manakala masing-masing satu PPS dibuka di Simunjan dengan 73 mangsa, Tatau (34 mangsa), Bintulu (109 mangsa) Kuching (145 mangsa) Miri (139 mangsa) dan Bau (17 mangsa).

Di Sabah, seramai 224 mangsa banjir direkodkan di dua daerah di negeri itu setakat pagi ini.

Menurut Angkatan Pertahanan Awam Kota Marudu daripada jumlah itu, 127 dipindahkan ke dua PPS di Kota Marudu manakala Jabatan Kebajikan Masyarakat Beaufort memaklumkan 97 mangsa lagi berlindung di satu PPS di Beaufort.

Sementara itu, paras air di Sungai Bongon dan Sungai Bandau di Kota Marudu melebihi paras waspada iatu 7.14m dan 4.93m setakat 11 malam tadi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.