HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Menteri arah percepat siasatan dakwaan salah laku ahli lembaga penasihat DBKL

-

Menteri di JPM Dr Zaliha Mustafa kata beliau tidak berkompromi terhadap sebarang salah laku.

0
Shares
Total Views: 1
Zaliha Mustafa
Menteri di JPM Dr Zaliha Mustafa mahu DBKL percepat siasatan dalaman berhubung dakwaan salah laku seorang ahli lembaga penasihat. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA:
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan jawatankuasa eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan percepat siasatan dalaman berhubung dakwaan salah laku seorang ahli lembaga penasihat DBKL.

“Jika terdapat sebarang pelanggaran tata kelola, tindakan tegas akan diambil,” kata Dr Zaliha Mustafa kepada FMT.

Datuk Bandar Maimunah Mohd Sharif mengumumkan DBKL melancarkan siasatan dalaman berhubung dakwaan tersebut, yang dikaitkan dengan pemberian projek bernilai RM4 juta, semalam.

Maimunah dilapor berkata beliau sedang bekerjasama rapat dengan unit integriti DBKL.

Siasatan dilancarkan selepas dakwaan tersebut tular di media sosial.

Kontroversi itu berkisar dakwaan bahawa projek penerbitan DBKL dianugerahkan kepada sebuah syarikat milik ‘kroni’ ahli lembaga penasihat itu tanpa melalui proses tender yang sewajarnya.

Semalam, setiausaha politik kepada perdana menteri, Azman Abidin, berkata namanya disalahgunakan dalam catatan media sosial yang membuat dakwaan itu.

FMT juga sedang menghubungi ahli lembaga penasihat terbabit.

“Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku yang berlaku, terutamanya jika ia melibatkan mana-mana agensi di bawah Jabatan Wilayah Persekutuan,” tegas Zaliha.

Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengumumkan ia sedia membantu DBKL dalam siasatan terhadap dakwaan salah laku itu.

“Kerjasama sepenuhnya akan diberikan sekiranya ada siasatan ingin dilakukan oleh mana-mana agensi penguatkuasaan,” kata Zaliha.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.