HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Razman lapor polis akaun FB satira sebar berita palsu isu ‘Hannah anak YTL’

-

Razman Zakaria nafi keluar kenyataan pertahan dakwaan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh mempunyai kaitan dengan keluarga Yeoh konglomerat YTL Corporation Bhd.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Razman Zakaria membuat laporan polis di IPD Kerian terhadap akaun Facebook ‘Harakatdaily HD’ yang didakwa menyebarkan berita palsu.

PETALING JAYA:
Ketua Pembangkang DUN Perak Razman Zakaria membuat laporan polis terhadap akaun Facebook ‘Harakatdaily HD’ yang didakwa menyebarkan berita palsu berkait kontroversi membabitkannya.

Razman yang juga Adun Gunong Semanggol mendakwa beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan mempertahankan dakwaannya yang Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh mempunyai kaitan dengan keluarga Yeoh konglomerat YTL Corporation Bhd.

Pesuruhjaya PAS itu juga menepis hantaran akaun Facebook itu yang menyertakan gambarnya dan menulis: “Saya dah periksa akaun derma bank PAS, banyak lagi peruntukan untuk bayar saman.”

“Saya menafikan hantaran berita itu dan tidak pernah membuat kenyataan seperti didakwa.

“Saya memohon polis menyiasat pemilik akaun Facebook itu dan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya yang turut melaporkan perkara itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Razman berkata laporan itu juga dibuat kerana tidak mahu akaun media palsu menyebarkan fakta tidak sahih dan meminta pihak berkuasa mengawalnya.

Isnin lalu, Razman memohon maaf kepada Yeoh dan pihak terkesan dengan ucapannya mengaitkan pemimpin DAP dengan itu dengan keluarga Yeoh yang memiliki YTL.

Beliau juga menyuarakan rasa kecewa dengan liputan media yang didakwanya hanya mengambil kira 10 saat daripada 30 minit daripada ceramahnya.

Ucapan itu dibuat dalam program Gerak Muafakat Perak diadakan selama tiga hari membabitkan tiga dewan utama PAS.

Semalam, Yeoh menegaskan pihaknya akan menyerahkan notis tuntutan kepada Razman di atas dakwaan Ahli Parlimen Segambut itu ‘anak orang kaya’ dan ‘anak perempuan YTL’,

Walaupun Razman mohon maaf atas dakwaannya, Yeoh berkata pemimpin PAS terbabit membuat tuduhan lain yang didakwa berunsur fitnah terhadapnya dalam ucapan sama.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.