![Free Malaysia Today](/_next/image/?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2025%2F01%2F6a49deef-tanah-runtuh-miri-jbpmpic-290125.webp-02.webp&w=3840&q=75)
Jurucakap Bomba Sarawak berkata dua lagi iaitu seorang remaja perempuan dan seorang wanita ditemukan selamat di bawah runtuhan pada 4.55 pagi, lapor Berita Harian.
Mangsa yang meninggal dunia ditemui 6.17 pagi.
Menurutnya, kejadian itu membabitkan dua rumah dihuni 12 orang iaitu tujuh di rumah bernombor lot 287 A dan lima di lot 287 B.
![Free Malaysia Today](/_next/image/?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2025%2F01%2Fb36c4668-tanah-runtuh-miri-jbpmpic-290125.webp-03.webp&w=3840&q=75)
“Mangsa yang meninggal dunia tinggal di rumah lot 287 A manakala dua yang selamat di lot 287 B,” katanya.
Menurutnya, pencarian kini giat dijalankan untuk mengesan empat lagi mangsa iaitu dua wanita dewasa berusia 41 dan 71 tahun serta dua kanak-kanak perempuan berusia lapan dan 12 tahun.
Kesemuanya tinggal di rumah lot 287 A.
Semalam, media melaporkan seramai 273 penduduk yang mendiami 32 rumah di kampung itu diarah berpindah apabila runtuhan tebing Bukit Kanada, menjejaskan kediaman mereka.
Kejadian itu berlaku berikutan hujan lebat berterusan sejak kelmarin.
Pada 16 Jan 2009, kejadian tanah runtuh pernah berlaku di kampung itu, mengorbankan dua pekerja stesen minyak yang tertimbus.
Kejadian itu turut meranapkan stesen minyak terbabit.
Pada 23 Jan 2014, satu lagi kejadian tanah runtuh berlaku di kawasan berdekatan sehingga memaksa 16 penghuni rumah meninggalkan kediaman mereka.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram