HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Ular ganti naga, simbol tuah di Tian Hock Kung

-

Pengerusi Jawatankuasa Kuil Steven Tee jangka terima dua kali ganda pengunjung pada Tahun Ular.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Lebih 60 ukiran ular menghiasi tiang dan bumbung kuil Tian Hock Kung di Klang.

KLANG:
Naga, haiwan mitos legenda Cina yang menjadi simbol kuasa dan dihormati sebagai pelindung, kerap dilihat di kuil Cina di seluruh dunia sebagai ‘pendinding’ tempat dianggap suci itu.

Di kebanyakan rumah ibadat ini, pelindung alam syurgawi itu menjaga pintu masuk ke kuil dengan megah menayangkan keulungannya.

Namun berbeza di kuil Tian Hock Kung, yang terletak berhampiran Sungai Klang, apabila ular – makhluk yang lebih ‘duniawi’ pula menjadi penjaga untuk mereka yang datang mendapatkan berkat di kuil berusia 42 tahun ini.

Free Malaysia Today
Paul Sim.

Pengurus kuil Paul Sim mengakui ular tedung, sawa dan hijau melingkari tiang kuil yang dicat merah terang, kerap menyebabkan pengunjung keliru.

“Ular dianggap istimewa di sini. Di kuil kami, ular sering digambarkan seiring kura-kura. Ular menjadi simbol ‘panjang’ manakala kura-kura pula ‘usia’.

“Konsep usia panjang terjelma dalam gabungan ini,” katanya kepada FMT. Tian Hock Kung, kuil Tao dengan pengaruh Buddha, didedikasikan kepada penyembahan Xiao Jun Er Fu.

Dewa itu yang juga dikenali sebagai Er Fu Gong, adalah satu daripada tiga sahabat sejati diraikan kerana mengalahkan ular jahat yang mengganas di sebuah kampung di Fujian ketika pemerintahan Dinasti Song.

Mengikut legenda, penduduk kampung membina kuil di dalam gua di mana pertempuran berlaku sebagai penghormatan kepada Er Fu Gong dan saudaranya kerana pengorbanan mereka, selepas mereka diangkat menjadi dewa.

Sim menolak persepsi negatif segelintir yang melihat ular sebagai makhluk menakutkan dan penuh muslihat, sebaliknya menegaskan haiwan itu simbol tuah dan nasib baik.

“Ketika kami membina kuil ini, kami mendapat firasat daripada Er Fu Gong supaya menggunakan ular sebagai motif utama. Semua ini mengikut keizinannya,” katanya.

Free Malaysia Today
Steven Tee.

Pengerusi Jawatankuasa Kuil Steven Tee menjangka dua kali ganda pengunjung melawat kuil Tian Hock Kung pada Tahun Ular.

“Setiap hujung minggu, kami menerima sehingga lima atau enam bas pelancong dari Thailand, Hong Kong, Singapura dan Jepun. Setiap tahun baharu, lebih ramai pelancong yang datang berbanding sebelumnya.”

Katanya, ratusan ribu pengunjung tempatan dan asing melawat kuil itu setiap tahun, sama ada untuk memberi penghormatan kepada dewa berkenaan atau semata-mata mahu mengagumi keindahan seni binanya yang dihiasi kira-kira 60 ukiran ular yang menakjubkan.

Tee sendiri percaya bahawa kesetiaannya membawa rahmat untuknya.

Beliau berkata, kerjayanya sendiri berkembang maju sejak kali pertama menziarah Tian Hock Kung, 30 tahun lalu. Katanya, kehidupannya menjadi lebih baik apabila semakin merasai kejayaan, selepas bermula sebagai pekerja pusat beli-belah sebelum menjadi penjual kereta terpakai, dan kini beliau seorang pengarah syarikat.

“Saya mahu membeli sebidang tanah, jadi saya datang ke Tian Hock Kung. Er Fu Gong berkata, tanah itu pasti milik saya dan memang setahun selepas itu saya berjaya mendapatkannya.

“Perniagaan saya ketika itu sangat kecil, jadi nampak mustahil saya mampu mendapatkannya berbanding syarikat lebih besar. Sejak hari itu, saya percaya pada Er Fu Gong.”

Ular azimat pembawa tuah

Penganut Tian Hock Kung juga menganggap ular dan Er Fu Gong sebagai azimat pembawa tuah yang mampu memberikan mereka kekayaan dan kejayaan dari segi akademik.

Free Malaysia Today
Ng Xuan Zheng.

Ng Xuan Zheng, 16, percaya rahmat daripada ular dan dewa itu membantunya mencapai kejayaan akademik.

Free Malaysia Today
Wan Sin Fee.

“Er Fu Gong membantu ramai orang, termasuk saya. Saya lulus setiap peperiksaan sejak datang ke sini dua atau tiga tahun lalu,” katanya kepada FMT.

Pesara, Wan Sin Fee, yang mengunjungi kuil itu setiap minggu sejak 1987, percaya dewa berkenaan membantunya makmur.

“Er Fu Gong sangat berkuasa sehingga hari ini. Saya berkesempatan diperkenalkan kepadanya, dan kekayaan saya adalah hasil rahmat olehnya,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.