Ahli Majlis Kerja Tertinggi Puad Zarkashi berkata Mahathir yang juga bekas presiden Umno sebenarnya lupa tindakannya mahu menjadikan parti itu ‘lalat’ dan cuba membunuhnya untuk digantikan dengan Bersatu.
Namun kata Puad, Mahathir akhirnya dijadikan lalat oleh kumpulan Muhyiddin Yassin dan dikeluarkan dari Bersatu kerana dituduh menjadikan parti itu lalat kepada DAP sehingga kalah teruk pada PRK Tanjung Piai berlangsung 2019.
PRK itu menyaksikan Bersatu yang bersama Pakatan Harapan (PH) tewas teruk dengan majoriti 15,086 kepada Barisan Nasional (BN).
“Tun M terpaksa terbang ke sana ke mari macam lalat mencari tempat baru.
“Umno tidak terkesan pun didakwa umpama lalat. Umno terbukti ular berbisa di Nenggiri dan Mahkota (menang PRK),” katanya.
Semalam, Mahathir menyifatkan kedudukan wakil rakyat Umno dalam kerajaan hanya ‘lalat’, perumpamaan digunakan sebagai memetik pandangan pemimpin DAP Nga Kor Ming terhadap Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh baru-baru ini.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram