![IPD Johor Bahru Utara](/_next/image/?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2025%2F01%2F0ecced4d-ipd-johor-bahru-utara-fb-290125-1.webp&w=3840&q=75)
Ketua Polis Johor Bahru Utara, Balveer Singh Mahindar Singh, berkata ketika kejadian pada 8.06 malam itu, mangsa berusia 60 tahun didatangi oleh suspek yang menunggang dua motosikal di luar pagar rumah.
“Seorang daripada suspek bertindak menarik beg tangan mangsa sambil mengacukan senjata disyaki taser untuk memaksa mangsa menyerahkan beg tangannya dan berlaku pergelutan hingga mangsa terjatuh.
“Suspek kemudian berjaya melarikan diri,” katanya dalam kenyataan.
Balveer Singh berkata kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana rompakan secara berkumpulan dan menggunakan senjata, dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes berkenaan diminta segera menghubungi IPD Johor Bahru Utara di talian 07-5563122.
Terdahulu, tular satu video di TikTok berdurasi satu minit tujuh saat yang memaparkan seorang wanita disamun dengan alat perenjat elektrik ketika ingin memasuki rumah.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram