
Ketua Polis Melaka Tengah, Christopher Patit, berkata dadah dipercayai jenis heroin dianggarkan seberat 15.46 gram itu ditemukan dalam poket kanan seluar yang dipakai lelaki berusia 55 tahun berkenaan ketika polis melakukan pemeriksaan kira-kira pukul 11.45 malam tadi.
“Suspek dibawa ke Hospital Melaka oleh anggota bertugas bagi menjalani pemeriksaan kesihatan, namun suspek didapati tidak mengalami sebarang kecederaan,” menurut kenyataan.
Beliau berkata suspek yang tidak bekerja itu kemudian dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Melaka Tengah, namun saringan air kencing gagal dilakukan.
Christopher berkata semakan polis mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau berkaitan dadah dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram