
Di Sarawak, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 6,718 orang daripada 1,825 keluarga berbanding 5,385 orang pagi tadi.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak, mereka ditempatkan di 49 PPS dengan Bintulu merekodkan jumlah mangsa teramai iaitu 1,888 orang, diikuti Serian (1,501) dan Tatau (1,045).
Di Sabah, jumlah mangsa meningkat kepada 3,929 mangsa daripada 1,365 keluarga berbanding 2,240 mangsa pagi tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah memaklumkan 29 PPS dibuka di 10 daerah dengan Kota Marudu menjadi daerah paling ramai mangsa iaitu 2,355 orang.
Ia diikuti Pitas dengan 379 mangsa, Lahad Datu (316), Telupid (243), Beluran (177), Kota Belud (162), Sandakan (118), Beaufort (102), Tongod (54) dan Paitan merekodkan 23 penduduk terjejas.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram