HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Pelajar Malaysia hilang di Jepun ditemui selamat

-

Ibu pelajar itu memaklumkan Nurin Hannani Mohd Hafizi ditemui dalam keadaan keliru di Tokyo selepas tidak pulang ke kampus sejak Isnin lalu.

0
Shares
Total Views: 1
Nurin Hannani Hafizi
Pelajar Malaysia, Nurin Hannani Mohd Hafizi dilaporkan keluar dari kampus dengan hanya membawa beg galas, dompet dan pasport. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA:
Pelajar Malaysia, Nurin Hannani Mohd Hafizi yang dilaporkan hilang di Jepun selepas tidak pulang ke kampusnya di Hiroshima sejak Isnin lalu ditemui selamat di Tokyo.

Ibu pelajar itu Noor Afzan Abdul Razak berkata pegawai kedutaan Malaysia di Jepun memaklumkan melalui panggilan telefon bahawa anaknya ditemui di Tokyo kira-kira 850km dari Kure, lapor Berita Harian.

Katanya, pihak kedutaan sedang menguruskan hal itu termasuk membawa anaknya ke balai polis bagi pemakluman dia sudah ditemui.

“Nurin Hannani dikatakan ditemui dalam keadaan keliru, tetapi saya tidak tahu di mana dan siapa yang menemui anak sulung saya itu.

“Setakat ini, saya belum lagi bercakap dengannya, biarlah dia bertenang dulu… Kami akan datang ke sana dalam tempoh dua tiga hari lagi,” katanya.

Difamkan, Nurin Hannani, 21, adalah pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi kursus Kejuruteraan Alam Sekitar dan Perancangan Bandar di National Institute of Technology (Kosen), Kure College.

Terdahulu, media melaporkan Nurin Hannani dilaporkan hilang setelah tidak pulang ke kampus sejak malam Isnin.

Malaysian Students’ Association in Japan (MSAJ) dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan pelajar itu dikatakan keluar dari kampus dengan hanya membawa beg galas, dompet dan pasport.

Kehilangan pelajar itu turut dikongsi sebuah organisasi dakwah rakyat Malaysia di Jepun, IMAN Jepun menerusi Facebook dan pengguna media sosial.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.