
Chow berkata perairan yang luas dan berdekatan Thailand menjadikan Pulau Pinang tempat transit untuk dadah dan bahan terlarang lain.
“Sebenarnya sudah banyak tahun keadaan jenayah khususnya jenayah jalanan ataupun rompak dan jenayah serius adalah dalam keadaan yang terkawal,” katanya kepada pemberita di rumah terbuka Tahun Baharu Cina.
“Mungkin yang masih menjadi jenayah yang merunsingkan adalah berhubung dengan jenayah dadah kerana Pulau Pinang adalah satu perantara dan pusat untuk pengedaran dadah dari negara utara melalui darat mahupun laut dan (apabila) sampai ke Pulau Pinang selepas itu diedar ke tempat lain.”
Media melaporkan awal minggu ini bahawa firma statistik antarabangsa, Numbeo, menamakan Pulau Pinang sebagai bandar paling selamat di Malaysia.
Menurut ranking terkini oleh Numbeo, Pulau Pinang peroleh markah 69.7 dan menduduki tempat ke-77 di dunia, menjadikannya bandar dengan kadar jenayah terendah dalam kalangan lima bandar utama di Malaysia.
Chow berkata kerajaan negeri menggandakan bilangan kamera litar tertutup, dengan lebih 1,000 kamera akan dipasang di Seberang Perai dalam tempoh dua tahun akan datang.
Rangka tindakan Pulau Pinang 2030 merancang pemasangan 5,000 kamera menjelang 2023. Sehingga November lalu, 27% daripada sasaran dicapai.
Tahun lepas, DUN Pulau Pinang dimaklumkan bahawa jumlah keseluruhan jenayah kekerasan dan jenayah harta benda bagi tahun 2024 adalah sebanyak 3,501 jenayah, antara Januari dan Oktober.
Daripada jumlah itu, 787 adalah jenayah kekerasan dan 2,714 adalah jenayah harta benda.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram