HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Wanita rugi RM95,180 terpedaya urusan kurang hukuman mahkamah

-

Mangsa yang berusia 33 tahun membuat pembayaran bagi mengurangkan seksyen hukuman dihadapi suaminya, kata ketua polis Selangor.

0
Shares
Total Views: 1
hussein omar khan
Hussein Omar Khan berkata siasatan kes dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

SHAH ALAM:
Seorang wanita mengalami kerugian RM95,180 selepas terpedaya dengan tawaran bantuan untuk mengurangkan seksyen hukuman yang dihadapi suaminya di mahkamah.

Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata mangsa yang berusia 33 tahun dan bekerja di sebuah syarikat penerbangan itu bertemu dengan suspek, seorang wanita, pada Disember 2024, yang menawarkan bantuan bagi menyelesaikan masalah tersebut.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek telah beberapa kali berjumpa mangsa dan meyakinkannya bahawa dia boleh membantu wanita itu menyelesaikan masalah tersebut.

“Akibat percaya dengan tawaran itu, mangsa bersetuju dan membuat pembayaran berjumlah RM95,180 ke dalam dua akaun bank yang diberikan oleh suspek,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, Hussein berkata mangsa kemudian mendapati suspek tidak menunaikan bantuan seperti yang dijanjikan, lalu tampil membuat laporan polis pada Isnin lepas di sekitar Kajang.

Susulan itu, satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Polis Diraja Malaysia ingin menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan sebarang tawaran dan merujuk pihak berkuasa terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan,”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.