HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

34 serpihan tulang manusia ditemui belakang kuarters JKR

-

Polis tidak dapat memastikan sama ada kawasan lokasi itu adalah perkuburan lama atau milik persendirian.

3
Shares
Total Views: 910
penemuan tulang
Ketua Polis Kuala Terengganu, Azli Mohd Noor, berkata lokasi penemuan tulang itu berdekatan kawasan semak di tepi longkang tidak berair. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA:
Sejumlah 34 serpihan tulang manusia ditemui di belakang kuarters Jabatan Kerja Raya (JKR) dekat Kuala Terengganu yang ditinggalkan dan tidak lagi dihuni, malam tadi.

Ketua Polis Kuala Terengganu, Azli Mohd Noor, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan itu kira-kira 10.10 malam.

Katanya, siasatan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) di tempat kejadian di tepi Pantai Batu Burok 2, yang dilakukan bersama Pasukan Forensik Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Terengganu.

“Tempat kejadian dalam kawasan semak, di tepi longkang kering tidak berair iaitu di tepi pantai berjarak 40m dengan gigi air semasa air pasang,” katanya menurut Berita Harian.

Beliau berkata, semua ketulan dan serpihan tulang ditemui itu dikumpulkan untuk siasatan dan akan dihantar ke Unit Patologi dan Jabatan Kimia.

Katanya, siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengesan kawasan sekitar sama ada perkuburan lama atau milik persendirian.

“Usaha mengesan identiti mangsa bergantung kepada hasil pemeriksaan perubatan dan kimia seperti jantina, tempoh kematian, dan lain-lain maklumat yang akan diperolehi kemudian.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.