
Majlis Ulama Umno merujuk isu mutakhir ini melibatkan sandwic ‘ham dan cheese’ menggunakan logo halal palsu dan penjualan arak di kawasan majoriti orang Islam di Ipoh, yang mencetuskan perdebatan dalam kalangan pemimpin rentas parti.
“Kerajaan perpaduan yang dibentuk bersama ini merupakan model terbaik bagi mewujudkan perpaduan kaum termasuk Sabah dan Sarawak.
“Justeru, semua parti yang berada dalam kerajaan perlulah mengekalkan keharmonian dan sensitiviti semua kaum,” katanya dalam kenyataan.
Sebelum ini, Datuk Bandar Ipoh Rumaizi Baharin dilaporkan berkata ada cadangan larangan penjualan arak dan minuman beralkohol diperluas ke kawasan majoriti penduduk Melayu-Islam.
Buat masa ini, larangan sejak 2021 itu hanya dilaksanakan di Manjoi, bandar satelit di Ipoh.
Media melaporkan kerajaan Perak memberi ‘lampu hijau’ kepada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) untuk meneruskan kajian cadangan meluaskan larangan penjualan minuman keras di kawasan majoriti penduduk Islam.
Namun, isu itu menimbulkan polemik susulan kenyataan pelbagai pihak termasuk oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming yang menyarankan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengekalkan dasar sedia ada atau status quo berkaitan isu penjualan minuman beralkohol di kawasan majoriti Melayu-Islam.
Beliau berkata ia bagi menjaga keharmonian dan hubungan masyarakat berbilang kaum serta mengelakkan sentimen politik.
Sebelum itu, Nga yang juga naib pengerusi DAP turut terbabit dalam pertikaian dengan Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh yang lantang membawa isu sandwic ‘ham dan cheese’.
Menurut Nga, ‘ham’ hanya merujuk daging yang diawet.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram