HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

i-City gantung operasi gelongsor air kaca

-

Taman tema Shah Alam umum gantung operasi ketika polis siasat kejadian pengunjung ditimpa belon pelampung.

6
Shares
Total Views: 548
Free Malaysia Today
Seorang pengunjung i-City cedera ringan setelah ditimpa belon pelampung daripada sebuah gelongsor air kaca pada Rabu lepas.

PETALING JAYA:
Taman tema i-City Shah Alam menggantung operasi gelongsor air kaca SkyCity Tower ketika siasatan polis sedang berjalan berhubung kejadian seorang pengunjung cedera ringan selepas ditimpa belon pelampung daripada permainan itu.

Jurucakap taman tema itu berkata, pengunjung yang telah membeli tiket boleh menukar tiket ke tarikan i-City lain atau meminta bayaran balik penuh dengan menghubungi pihak taman tema menerusi talian 03-5521 8800.

“Kami kekal komited menyokong Tahun Melawat Selangor 2025 dan Tahun Melawat Malaysia 2026 dengan menonjolkan Selangor sebagai destinasi pelancongan utama,” katanya dalam kenyataan.

Kejadian berlaku pada kira-kira 11 malam Rabu ketika mangsa, seorang wanita berusia 20an, dan keluarganya mengunjungi taman tema itu.

Ketika sedang berjalan di bawah gelongsor air kaca itu, sebuah belon pelampung tiba-tiba tercampak dan menimpanya.

Terdahulu, Ketua Polis Shah Alam Iqbal Ibrahim berkata, siasatan awal menunjukkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mengeluarkan kompaun terhadap i-City pada 14 Nov 2024 kerana membangunkan taman tema itu tanpa kelulusan bertulis.

Katanya, siasatan berhubung kejadian itu dijalankan mengikut Seksyen 6 Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Selangor 1995 kerana beroperasi tanpa lesen, kesalahan Yang boleh didenda maksimum RM25,000 atau penjara hingga tiga tahun.

Iqbal berkata, kes itu juga disiasat mengikut Seksyen 337 Kanun Keseksaan atas kesalahan yang boleh dihukum penjara hingga enam bulan atau denda maksimum RM1,000.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.