HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

KKM nafi vaksin X dibawa masuk, petugas dipaksa suntik

-

Facebook Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad memaklumkan pihaknya juga mengesan hantaran di media sosial yang menghasut kakitangan KKM supaya tidak hadir bekerja.

6
Shares
Total Views: 516
kkm fmt
Virus X adalah istilah yang digunakan oleh WHO pada 2018, merujuk kepada sejenis patogen yang tidak diketahui, namun ia berpotensi menyebabkan wabak di seluruh dunia.

PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan dakwaan virus X telah dibawa masuk secara senyap di negara ini dan petugas perkhidmatan kesihatan dipaksa mengambil vaksin.

Facobook Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad memaklumkan pihaknya juga mengesan hantaran di media sosial yang menghasut kakitangan KKM supaya tidak hadir bekerja.

“Adalah dimaklumkan bahawa semua tohmahan di atas tidak benar sama sekali. Tiada virus x mahupun vaksin yang disebut,” menurut hantaran itu.

Dzulkefly juga menegaskan tiada pihak lain yang memberi kuasa penuh kepada KKM atau mana-mana badan lain untuk memberikan suntikan vaksin kepada petugasnya.

“Orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat sahih hanya daripada saluran rasmi terutamanya laman media sosial KKM,” menurut hantaran itu.

Pada Oktober 2023, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Radzi Abu Hassan berkata orang ramai tidak perlu bimbang berlebihan dalam menghadapi risiko penyakit X, walaupun virus itu diramal menjadi ancaman pandemik baharu oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Penyakit X adalah istilah yang digunakan oleh WHO pada 2018, merujuk kepada sejenis patogen yang tidak diketahui, namun ia berpotensi menyebabkan wabak di seluruh dunia.

Penularan virus X boleh berasal dari pelbagai sumber termasuklah secara zoonotik, iaitu jangkitan dari haiwan kepada manusia.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.