HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Pembangunan semula Jalan Hang Tuah perlu berkonsep budaya Melayu, seru Akmal

-

Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh kata Melaka ada ‘Little India’ dan ‘China Town’.

4
Shares
Total Views: 2,164
Free Malaysia Today
Menyambut cadangan pembangunan semula Jalan Hang Tuah, Dr Akmal Saleh kata pembangunan mesti ‘dirasai’ oleh peniaga dan rakyat Melaka. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA:
Pembangunan semula Jalan Hang Tuah, Melaka perlu berkonsepkan budaya Melayu dengan slogan 1Malaysia, seru Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh.

Beliau merujuk kepada slogan yang diperkenalkan oleh bekas perdana menteri, Najib Razak.

“Di Melaka ini dah ada Little India di Jalan Bendahara, China Town di Jonker Walk. Jadi lebih baik kita bangunkan kawasan Jalan Hang Tuah dengan konsep budaya Melayu,” katanya di Facebook.

Dalam pada itu, Akmal, yang juga exco kemajuan desa, pertanian dan keterjaminan makanan, berkata pembangunan kawasan berkenaan mesti ‘dirasai’ oleh peniaga dan rakyat Melaka.

Pembangunan semula Jalan Hang Tuah timbul selepas Adun Kota Laksamana, Low Chee Leong, mencadangkan konsep seakan Jonker Walk diperkenalkan di situ, bagi merancakkan ekonomi kawasan tersebut.

Beliau menafikan dakwaan mahu menukar nama atau menutup Jalan Hang Tuah.

Sebelum ini, Ketua Pembangkang Dr Yadzil Yaakub mengkritik cadangan itu dengan menegaskan tiada keperluan untuk mewujudkan Jonker Walk 2.0, sebaliknya nama Jalan Hang Tuah perlu dikekalkan sebagai lambang sejarah Melaka.

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Rais Yasin menasihatkan pembangkang henti memutar belit fakta berkaitan cadangan tersebut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.