HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Projek RM4 juta: Afdlin lapor tuduhan salah laku, ada agenda dendam

-

Beliau yang juga Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur nafi sekeras-kerasnya tuduhan salah laku dalam perolehan projek.

9
Shares
Total Views: 1,558
Afdlin Shauki
Afdlin Shauki berkata, beliau sedia beri kerjasama penuh dalam mana-mana siasatan berkait dakwaan salah laku yang didakwa berlaku. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA:
Afdlin Shauki membuat laporan polis terhadap tuduhan salah laku dalam perolehan sebuah projek bawah naungan Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Afdlin yang juga Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur, juga menafikan sekeras-kerasnya terdapat apa jua unsur salah laku dalam perolehan projek berkenaan.

“Ini merupakan sebuah usaha oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk memburukkan nama saya. Agenda pihak ini hanya didorong oleh perasaan hasad dengki dan dendam yang tidak bertempat.

“Saya juga bersedia untuk memberi kerjasama penuh dalam mana-mana siasatan yang dijalankan berhubung perkara ini oleh mana-mana agensi penguatkuasaan,” katanya dalam kenyataan di Instagram.

Beliau juga maklum Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang melakukan siasatan dalaman.

“Oleh itu, saya menyeru saudara saudari sekalian untuk memberi ruang kepada pihak-pihak yang berwajib untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.”

Pada 28 Jan, seorang pembantu Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, namanya disalahgunakan dalam hantaran media sosial mendakwa seorang Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur terlibat dalam penganugerahan projek bernilai RM4 juta tanpa tender terbuka.

Kontroversi itu berkisar dakwaan bahawa projek penerbitan DBKL bernilai RM4 juta dianugerahkan kepada sebuah syarikat milik ‘kroni’ ahli lembaga penasihat itu tanpa melalui proses tender yang sewajarnya.

Hantaran itu mendakwa, Anwar dan setiausaha politiknya, Azman Abidin, maklum tentang projek-projek dipohon ahli lembaga penasihat itu, mendorong pengarah DBKL mempercepat kelulusan.

Azman ketika bercakap kepada FMT, tokoh politik sering menjadi sasaran mudah dakwaan palsu sedemikian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.