HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Sekolah patriotik Umno isi kelompangan politik generasi muda, kata penganalisis

-

Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisommudin Bakar berkata kajian mendapati literasi politik dalam kalangan anak muda adalah di tahap yang rendah.

0
Shares
Total Views: 1
pengundi muda
Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisommudin Bakar berkata kumpulan pengundi muda antara mereka yang menunjukkan tahap pengetahuan rendah pada aspek kefahaman berkaitan politik, demokrasi dan sistem pilihan raya. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA:
Penganalisis politik menyambut baik langkah Umno menubuhkan Sekolah Patriotik Umno yang dianggap sebagai satu usaha bagi mengisi kelompangan dan kekosongan pendidikan politik dalam kalangan generasi muda.

Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisommudin Bakar berkata berdasarkan kajian Ilham Centre mendapati literasi politik dalam kalangan anak muda adalah di tahap yang rendah.

Katanya, kumpulan pengundi pertama kali antara mereka yang menunjukkan tahap pengetahuan rendah pada aspek kefahaman berkaitan politik, demokrasi dan sistem pilihan raya.

“Keadaan ini wujud kerana pendidikan politik tidak tersedia di peringkat sekolah dan seakan tidak bersedia dalam implementasi Undi 18 yang lalu.

Hisommudin Bakar
Hisommudin Bakar.

“Jika adapun ianya disentuh secara minima dalam subjek seperti sejarah,” katanya kepada kepada FMT.

Presiden Umno Zahid Hamidi ketika melancarkan program itu pada Ahad lalu berkata Sekolah Patriotik Umno bertujuan melahirkan pemimpin masa depan yang bukan hanya memahami strategi dan selok-belok politik, tetapi menjiwai nilai perjuangan Umno yang sebenar.

Beliau berkata sekolah itu wadah pembelajaran politik dan medan untuk membentuk jiwa perjuangan dalam kalangan generasi muda

Menurut Zahid sebagai permulaan, 50 peserta perintis dipilih untuk mengikuti program di sekolah berkenaan, dengan modul latihan dirangka secara holistik merangkumi aspek pemikiran kritis, kepimpinan strategik, dan pemahaman mendalam terhadap perjuangan Umno.

Mengulas lanjut, Hisommudin berkata penubuhan sekolah yang memberikan ruang mengisi pengetahuan mengenai politik dan demokrasi wajar disambut baik.

Katanya, dalam konteks tokoh dan ikon anak muda, Umno wajar mengetengahkan pemimpin sayap Pemuda dan Puteri yang berwibawa dan mempunyai imej bersih untuk menjadi tenaga pembimbing sekolah berkenaan.

Azmi Hassan
Azmi Hassan.

Felo Majlis Profesor Negara, Azmi Hassan pula berpandangan Sekolah Patriotik Umno merupakan cara terbaik memulihkan kembali semangat parti itu yang dilihat masih berjuang dengan cara tradisional dan lama.

Katanya, sekolah patriotik boleh mendidik anak muda dari umur 16 hingga 33 tahun dari awal untuk melakukan sesuatu perkara secara kritis dan bijak.

“Ini dapat menterjemahkan apa mereka cakap dan fikirkan untuk masa depan. Umno perlu lahirkan generasi pimpinan muda yang bijak dalam memperkatakan sesuatu isu bagi memperjuangkan hak rakyat dan negara,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.