HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Senjata api, ratusan peluru dirampas untuk dijual kepada kongsi gelap

-

Polis berkata rangkaian penyeludupan itu agak besar termasuk di negara jiran.

0
Shares
Total Views: 1
Hamzah Ahmad
Ketua Polis Pulau Pinang Hamzah Ahmad, berkata empat suspek termasuk dua warga Indonesia direman sehingga 3 Feb. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA:
Senjata api dan ratusan peluru dirampas Polis Marin di perairan Pulau Pinang pada Isnin lalu disyaki untuk dijual kepada beberapa geng kongsi gelap di negeri itu.

Ketua Polis Pulau Pinang Hamzah Ahmad, berkata sebahagian rangkaian terbabit membawa masuk senjata api berkenaan sudah dikenal pasti termasuk di negara jiran.

“Kes ini membabitkan (rangkaian) agak besar, jadi saya tak boleh nak beritahu dengan lebih lanjut.

“Cuma (siasatan awal) ia organisasi membabitkan kumpulan kongsi gelap di tempat kita (Pulau Pinang),” katanya menurut Harian Metro di Butterworth.

Hamzah berkata, empat suspek termasuk dua warga Indonesia berusia 22 hingga 57 tahun yang ditahan berhubung penyeludupan senjata api masih direman sehingga 3 Feb.

Sebelum ini, media melaporkan empat lelaki termasuk dua warga Indonesia ditahan bersama lima pucuk pistol, selaras senapang M4 serta 801 butir peluru dalam sebuah bot di kawasan perairan Perai di 1 batu nautika dari Barat Daya Sungai Perai, dekat Butterworth, pada 3.10 petang, Isnin.

Polis menemukan lima pucuk pistol iaitu dua jenama Sig Sauer bersama tiga kelopak, dua jenama Glock (dua kelopak), dan Smith and Wessin bersama satu kelopak serta selaras senapang M4, 600 butir peluru M4, 200 butir peluru 9mm, dan sebutir peluru jenis S&B.

Turut dirampas pelbagai lagi barangan lain antaranya telefon satelit, telefon bimbit, beg, peralatan GPS, wang tunai RM4,030, dan dua pasport milik dua warga asing.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.