HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Tahanan masuk hospital, keluarga minta penjelasan pihak berkuasa

-

Ibu bapa P Jagdesshraj hanya tahu dia dimasukkan ke hospital apabila dia tidak hadir ke mahkamah pada 20 Jan lepas.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Pannir dan isterinya, A Shanti berkata, sehingga kini, mereka masih belum tahu apa yang berlaku menyebabkan anak bongsu mereka, P Jagdesshraj, ditahan di hospital. (Gambar Bernama)

JOHOR BAHRU:
Ibu bapa seorang tahanan di Pusat Koreksional Johor Bahru, Ulu Choh, Pontian meminta penjelasan pihak berkuasa mengenai keadaan kesihatan anak lelaki mereka yang dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) minggu lepas.

S Pannir, 51, berkata beliau hanya mengetahui perkara itu apabila ke mahkamah untuk mendengar prosiding anaknya, P Jagdesshraj, 21, pada 20 Jan lepas.

Menurutnya, mahkamah memaklumkan anak bongsu daripada tiga beradik itu tidak hadir kerana dimasukkan ke wad hospital.

“Saya difahamkan Jagdesshraj dibawa ke hospital pada 20 Jan namun dibawa pulang semula ke penjara reman sebelum tahanan lain mendesak pihak penjara menghantar semula anak saya ke hospital untuk dapatkan rawatan,” katanya pada sidang media yang turut dihadiri peguam keluarga Dinesh Muthal.

“Saya dimaklumkan dia dibawa semula ke hospital pada 21 Jan. Saya dapat kebenaran melawatnya pada 23 Jan. Saya dan isteri A Shanti, 51, nampak keadaannya agak kritikal namun kami tidak tahu apa yang berlaku.”

Sementara itu, Dinesh berkata, pihak keluarga hanya ingin mengetahui apa yang berlaku kepada Jagdeeshraj kerana sudah seminggu lebih dia ditahan di hospital, dipantau tiga pegawai penjara.

“Sehubungan itu, saya mewakili keluarga meminta penjelasan pihak berkuasa tentang apa yang berlaku kepada Jagdeeshraj kerana sampai sekarang keluarga tidak dimaklumkan mengenai apa-apa yang berlaku,” tambahnya.

Jagdesshraj ditahan pada 2023 atas kesalahan jenayah berat kemudian dilepaskan dengan jaminan polis sebelum ditahan semula tahun yang sama bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 sehingga kini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.