
Majistret Mageswary Subramaniam menjatuhkan hukuman itu ke atas tertuduh Izzuddin Md Salim, 31, yang mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa membuat ancaman menerusi pesanan WhatsApp yang dihantar ke telefon bimbit syarikat milik Dr Jezamine Lim iaitu bekas isteri Harith.
Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 8.50 pagi, 23 Jan lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaanm yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sebelum hukuman dijatuhkan, Izzuddin turut memohon maaf kepada mahkamah dan menyatakan rasa kesal dengan tindakannya terbabit.
“Saya minta maaf banyak-banyak.
“Saya minta hukuman denda (ringan) kerana ini kesalahan kali pertama, saya janji tidak akan ulang untuk selama-lamanya,” kata tertuduh yang tidak diwakili peguam.
Pendakwaan dikendalikan Mohd Sabri Othman.
Harith dan Jezamine turut hadir pada prosiding itu.
Ketika ditemui selepas prosiding, Harith berkata pihaknya menerima keputusan mahkamah itu.
Ditanya mengenai permohonan tertuduh, Harith berkata Izzuddin hanya menjawab soalan daripada Mageswary.
“Dia bercakap dengan hakim. Bagi saya kita dah dapat keputusan dan ‘move on’ dari sini,” katanya.
Jazmine ketika diminta mengulas permohonan maaf dan perjalanan prosiding itu hanya mengalirkan air mata.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram