HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Hati-hati keluar kenyataan sentuh sensitiviti agama, pesan Na’im

-

Menteri agama berkata, peringatan itu juga terpakai bagi dirinya agar tidak mengeluarkan kenyataan yang membawa kepada perpecahan rakyat.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar bercakap kepada pemberita selepas menghadiri program Zikir Akbar Madani di Masjid Sultan Mizan, Putrajaya, malam ini.

PUTRAJAYA:
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar mengingatkan semua pihak, termasuk para menteri, agar lebih berhati-hati memberi kenyataan, terutamanya berhubung perkara yang melibatkan sensitiviti umat Islam.

Na’im berkata, peringatan itu juga terpakai bagi dirinya agar tidak mengeluarkan kenyataan yang membawa kepada perpecahan rakyat di negara ini.

“Soal sensitiviti agama saya selalu tekankan, kita tak nak salah buat kenyataan,” katanya ketika pemberita selepas menghadiri program Zikir Akbar Madani di Masjid Sultan Mizan.

“Nasihat saya supaya kita berhati-hati dalam setiap kenyataan yang dibuat, peringatan itu termasuk untuk diri saya juga.”

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas teguran Majlis Ulama Umno supaya menteri bukan Islam lebih berhati-hati memberi kenyataan melibatkan isu agama agar tidak menimbulkan persepsi negatif dan menjadi ‘tunggangan’ pihak lain.

Majlis Ulama Umno merujuk isu mutakhir ini melibatkan sandwic ‘ham dan cheese’ menggunakan logo halal palsu dan penjualan arak di kawasan majoriti orang Islam di Ipoh, yang mencetuskan perdebatan dalam kalangan pemimpin rentas parti.

Sebelum ini, Datuk Bandar Ipoh Rumaizi Baharin dilaporkan berkata, terdapat cadangan larangan penjualan arak dan minuman beralkohol diperluas ke kawasan majoriti penduduk Melayu-Islam.

Namun, isu itu menimbulkan polemik susulan kenyataan pelbagai pihak termasuk oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming yang menyarankan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengekalkan dasar sedia ada berkaitan isu penjualan minuman beralkohol di kawasan majoriti Melayu-Islam.

Sebelum itu, Nga yang juga naib pengerusi DAP turut terbabit dalam pertikaian dengan Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh berhubung isu sandwic ‘ham dan cheese’.

Dalam perkembangan lain, Na’im berkata, Jawatankuasa Khas Penyelarasan Agensi-Agensi bagi mendukung komitmen perdana menteri membantu membangunkan semula Gaza akan mula bermesyuarat pada Khamis depan.

Justeru itu, beliau menggesa agar NGO yang sering berurusan dengan Gaza dan Palestin agar turut serta dalam mesyuarat berkenaan.

“Kita (akan) panggil sekali juga pihak NGO yang biasa terlibat dalam membantu Gaza seperti Abim dan Ikram,” katanya.

“Saya akan pengerusikan mesyuarat pertama, dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Sirajuddin Suhaimee akan pengerusi mesyuarat seterusnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.