
Suspek yang sedang dikesan terdiri daripada M Devindran, 25, dengan alamat terakhir di Taman Seri Bayu Morib, Banting, Selangor; M Ranjith, 19, alamat terakhir di Lot 307, Jalan Raba, Banting; dan M Lavindran, 27, alamat terakhir di Jalan Raja Nala 12, Taman Intan, Kapar, Selangor.
Dalam kenyataan hari ini, Ketua Polis Brickfields Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, setakat ini tiada tangkapan baharu dibuat dan beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat agar tampil menghubungi pihak polis.
Dilaporkan sebelum in, lima suspek telah ditahan pada Khamis lepas berhubung kejadian itu.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Azry Akmar Ayob berkata, kesemua mereka mempunyai rekod jenayah lampau.
Menurutnya, kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara kumpulan suspek dan kumpulan mangsa semasa berhibur di sebuah kelab berhampiran.
Terdahulu, sebuah Toyota Hilux dan Toyota Vios dilaporkan dipandu secara melulu melalui jalan di depan pusat hiburan terbabit sebelum melanggar sekumpulan lelaki, mengakibatkan dua orang cedera.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram