HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Pengurusan taman tema akan dipanggil jawab persoalan, kata MB

-

Antara persoalan perlu dijawab membabitkan isu keselamatan, sebelum taman tema Shah Alam itu dibenar sambung operasi, kata Amirudin Shari.

0
Shares
Total Views: 1
waterslide icity
Terdahulu dilaporkan seorang pengunjung cedera tertimpa pelampung permainan gelongsor air kaca di sebuah taman tema di Shah Alam pada Rabu lepas.

SEKINCHAN:
Kerajaan Selangor akan memanggil pihak pengurusan sebuah taman tema terkenal di Shah Alam berikutan insiden seorang pengunjung cedera tertimpa pelampung permainan gelongsor air kaca pada Rabu lepas.

Menteri Besar Amirudin Shari berkata, pertemuan berkenaan adalah untuk menjawab beberapa persoalan berbangkit, termasuk membabitkan isu keselamatan sebelum tarikan terbaru taman tema itu dibenarkan beroperasi semula.

“Buat masa ini operasinya dihentikan. Jika mereka penuhi spesifikasi ditetapkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan permohonan seterusnya kita teliti semula aspek keselamatan, baru akan dibenarkan beroperasi semula,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Sambutan Perayaan Thaiponggal 2025 Peringkat Selangor hari ini.

Sebelum ini, Ketua Polis Shah Alam Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan seorang pengunjung cedera tertimpa pelampung permainan gelongsor air kaca yang terjatuh di sebuah taman tema di Seksyen 7, Shah Alam pada malam 29 Jan lepas.

Susulan itu, MBSA menerusi kenyataan pada 31 Jan lepas turut mengesahkan telah mengeluarkan sembilan notis terhadap taman tema berkenaan, antaranya membabitkan tiga notis amaran pada 14 Nov 2024 dan satu notis amaran pada 19 Jan lepas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.