HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Selangor mula pengajian STEM berasaskan al-Quran tahun ini

-

Inisiatif ini akan melibatkan sekolah agama bawah Jais, kata Menteri Besar Amirudin Shari.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Inisiatif pengajian STEM berasaskan al-Quran di Selangor akan dimulakan dengan latihan guru dan penilaian modul bersesuaian, kata MB Amirudin Shari. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA:
Selangor akan mula menerapkan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) berasaskan al-Quran di sekolah agama bawah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tahun ini.

Menteri Besar Amirudin Shari berkata, inisiatif itu akan dimulakan dengan latihan guru dan penilaian modul bersesuaian dalam memastikan agenda pemerkasaan ilmu berteraskan al-Quran itu mencapai objektif.

“Kita sasar untuk mula tahun ini dan kita ada 23 sekolah menengah agama bawah JAIS. Kita akan cuba lakukan pendekatan ini dengan memberi latihan (kepada guru), kita lihat impak dan kesannya dulu.

“… kalau kesannya baik, kita akan tambah baik pengajian dengan cadangkan kepada guru agama supaya masukkan elemen STEM dan perkasakan pengajaran bidang itu kepada pelajar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Penutup Festival Seni Al-Quran Antarabangsa Restu 2025 dan Pelancaran Program STEM Berasaskan Al-Quran di Shah Alam, lapor Bernama.

Amirudin berkata, perbincangan lanjut juga akan dilakukan dengan Kementerian Pendidikan (KPM) bagi memasukkan sukatan pelajaran STEM berasaskan al-Quran dalam pengajaran di sekolah terbabit sekali gus menambah baik program sedia ada bawah kelolaan kerajaan negeri.

“Di Selangor juga, kita ada lima Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi Selangor (MITS),” katanya.

“Inisiatif ini selaras dengan hasrat yang telah diumumkan sebelum ini, iaitu melahirkan penghafal al-Quran yang mahir dan fasih dalam bidang STEM.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.