
Pelantikan pegawai kewangan Selangor itu sebagai SUK, menggantikan Haris Kasim yang tamat perkhidmatan Jumaat lepas, diumumkan menerusi akaun Facebook rasmi Pejabat SUK Selangor.
Ahmad Fadzli sebelum ini pernah bertugas sebagai ketua Kluster Pembangunan Pengurusan dan Inovasi di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan).
Beliau juga pernah berkhidmat sebagai yang dipertua Majlis Perbandaran Klang (kini Majlis Bandaraya Diraja Klang) pada April 2020 sebelum dilantik sebagai pegawai kewangan negeri pada Disember 2021.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram