Mangsa banjir Sabah meningkat kepada 4,122 orang

Mangsa banjir Sabah meningkat kepada 4,122 orang

Ia meningkat berbanding 3,579 orang daripada 1,203 keluarga yang direkodkan semalam.

Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara di Sabah meningkat kepada 4,122 orang setakat pagi tadi. (Gambar APM Sabah)
KOTA KINABALU:
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah meningkat kepada 4,122 orang daripada 1,357 keluarga setakat 8 pagi tadi, berbanding 3,579 orang daripada 1,203 keluarga semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan, lapan PPS di Tenom menempatkan 743 orang daripada 276 keluarga.

Di Beaufort, empat PPS beroperasi dengan 1,339 orang daripada 432 keluarga, manakala dua PPS di Membakut menempatkan 872 orang daripada 293 keluarga.

Selain itu, dua PPS di Sook menempatkan 1,031 orang daripada 241 keluarga, sementara dua PPS di Keningau menampung 137 orang daripada 51 keluarga.

“Sebanyak 37 kampung terjejas, masing-masing 10 di Beaufort, Membakut dan Tenom, lima di Sook, serta dua di Keningau. Trend pemindahan di semua PPS kekal,” menurut kenyataan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.