
Di Johor, jumlah mangsa di Batu Pahat menurun kepada 326 orang daripada 109 keluarga setakat 9 pagi tadi berbanding 334 orang daripada 110 keluarga semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Azmi Rohani, berkata semua mangsa ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gading, Batu Pahat.
Mereka ialah penduduk Kampung Baharu, Kampung Parit Bengkok, Kampung Parit Kaspan, Kampung Parit Samion, Kampung Parit Haji Salleh Ros, Kampung Parit Sri Muar, Kampung Sri Pandan dan Kampung Parit Samijan.
Menurutnya, stesen Sungai Senggarang di Senggarang, Batu Pahat dilaporkan melepasi paras amaran dengan bacaan 3.26m.
“Selain itu, Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran ribut petir di Pontian, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” katanya dalam kenyataan.
Di Sabah, Sekretariat JPBN dalam kenyataan memaklumkan jumlah mangsa banjir di Kinabatangan kekal 146 orang daripada 31 keluarga dari empat kampung di daerah itu yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Bukit Garam, setakat 8 pagi tadi.