Reman remaja guna AI sunting, jual gambar bogel dilanjutkan

Reman remaja guna AI sunting, jual gambar bogel dilanjutkan

Ketua Polis Johor M Kumar berkata, reman remaja itu dilanjutkan bagi membantu siasatan.

m kumar
Ketua Polis Johor M Kumar berkata, setakat hari ini, sebanyak 22 laporan polis telah diterima berhubung perbuatan tersebut. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Perintah reman seorang remaja lelaki 16 tahun kerana disyaki menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyunting gambar wanita menjadi imej lucah sebelum menjualnya di media sosial, disambung hingga Selasa depan.

Ketua Polis Johor M Kumar berkata, lanjutan tempoh reman remaja itu yang ditahan pada 8 April lalu sepatutnya tamat hari ini tetapi dilanjutkan bagi membantu siasatan, lapor Utusan Malaysia.

“Setakat hari ini, sebanyak 22 laporan polis telah diterima berhubung perbuatan tersebut, manakala motif suspek berbuat demikian masih dalam siasatan,” katanya yang dipetik sebagai berkata.

Remaja itu dipercayai mengambil gambar-gambar mangsa di media sosial sebelum menggunakan peralatan AI untuk menyunting muka mangsa ke gambar lucah. Suspek kemudiannya menjual gambar itu di media sosial dengan harga RM2 sekeping.

Kumar sebelum ini berkata, perkara itu terbongkar selepas seorang mangsa, remaja perempuan 18 tahun, membuat laporan selepas beberapa gambar lucah menggunakan mukanya tersebar di media sosial.

Polis menyiasat perkara itu selepas mangsa membuat laporan polis pada 3 April.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.