
Pengerusi Hajiji Noor berkata tarikh perbincangan belum ditentukan, namun dijangka dalam masa terdekat.
“Kita dalam kerajaan sekarang, insya-Allah dalam masa terdekat kita akan mengadakan perbincangan dengan PH,” menurut kenyataan, selepas rumah terbuka Aidilfitri GRS Sungai Sibuga di Sandakan.
Hajiji ditanya pemberita sama ada pemimpin PH sudah bertemu GRS bagi membincangkan soal kerjasama menjelang PRN17.
Khamis lalu, ketua menteri Sabah itu membayangkan PH masih pilihan GRS untuk membentuk kerjasama walaupun BN Sabah pada Ahad mengumumkan akan kerjasama dengan PH.
“Pintu kita tidak tutup untuk mereka yang mahu bekerjasama dengan kita,” katanya. “Tapi perlu diingat bahawa kerajaan hari ini adalah GRS-PH Plus, jadi kita yang tentukan siapa rakan kita dalam pilihan raya nanti.”
Sebelum ini Hajiji beberapa kali mengulangi kerjasama GRS dengan PH berdasarkan keserasian dalam mentadbir negeri.