Tiada perubahan pada visa, dasar imigresen AS untuk rakyat Malaysia

Tiada perubahan pada visa, dasar imigresen AS untuk rakyat Malaysia

Wisma Putra kata tiada perubahan pada keperluan visa atau dasar imigresen yang secara khusus jejas rakyat Malaysia.

wisma putra
Wisma Putra nasihat pengembara rujuk sumber rasmi apabila rancang perjalanan atau keberadaan di luar negara.
PETALING JAYA:
Kementerian Luar Negeri mengesahkan tiada perubahan pada keperluan visa atau dasar imigresen yang secara khusus menjejaskan rakyat Malaysia yang ingin melancong atau menetap di Amerika Syarikat, setakat hari ini.

Penjelasan ini muncul di kala pelbagai laporan tentang pembatalan visa dan penghantaran pulang oleh kerajaan AS di bawah pentadbiran Donald Trump.

Mengulas laporan terkini perkembangan berkaitan dasar imigresen AS, Wisma Putra berkata tindakan tersebut tidak menyasarkan rakyat Malaysia secara khusus.

“Bagaimanapun, rakyat Malaysia yang sedang berada di AS atau yang merancang untuk ke negara tersebut dinasihatkan agar sentiasa mengikuti perkembangan terkini berkenaan keperluan masuk, visa, dan dasar imigresen yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa AS,” menurut kenyataan.

Wisma Putra berkata ia akan terus memantau perkembangan dan menyalurkan maklumat terkini sekiranya terdapat sebarang perubahan yang melibatkan rakyat Malaysia.

“Semua pengembara digalakkan untuk merujuk kepada sumber rasmi bagi mendapatkan maklumat yang sahih apabila merancang perjalanan atau keberadaan mereka di luar negara,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.