
Menurut polis, siasatan mendapati si mati, yang berusia 40 tahun, ditikam seorang lelaki dalam pertengkaran berkaitan tempat meminta sedekah.
Ketua Polis Shah Alam, Iqbal Ibrahim, kata suspek ingin meminta sedekah di kawasan tersebut.
“Suspek kemudiannya telah bertindak mengeluarkan sebilah pisau lalu menikam di bahagian dada si mati sebanyak beberapa kali sehingga menyebabkan si mati jatuh terbaring berlumuran darah dan tidak sedarkan diri,” menurut kenyataan.
Seorang suspek berusia 28 tahun, dengan sembilan rekod jenayah lampau, ditahan di lokasi kejadian tidak lama selepas polis menerima maklumat.
Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek negatif sebarang penyalahgunaan dadah.
Siasatan dijalankan dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun jika disabitkan bersalah.
Permohonan reman akan dibuat pagi esok.
Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi pegawai penyiasat, Muhammad Abd Hafiz Sariee, di talian 014 8905051.