Permohonan maaf

Permohonan maaf

FMT kesal atas kesulitan yang dicetuskan oleh wartawan kami pada forum mengenai Gaza baru-baru ini.

FMT logo
PETALING JAYA:
Dalam satu wacana terbuka menampilkan ahli politik UK, George Galloway, bertajuk ‘Gaza Exposes the Complicity of International Actors’ diadakan pada 12.01.2026, seorang wartawan daripada FMT mengajukan soalan yang dikatakan mempunyai unsur perkauman.

FMT ingin menegaskan pihak kami tidak mengetahui lebih dahulu niat wartawan tersebut untuk mengajukan soalan itu, dan kami juga tidak bersetuju dengan komen-komennya.

Apabila perkara tersebut menjadi bahan perbincangan di media sosial pada 13.01.2026, FMT mengambil tindakan segera dengan memulakan siasatan dalaman yang membawa kepada tindakan tatatertib terhadap wartawan berkenaan.

Proses tersebut sedang berjalan dan FMT tidak akan memberikan ulasan lanjut mengenai perkara itu buat masa ini.

Ketika siasatan, FMT mendapati bahawa, berbeza dengan kenyataan yang dibuat oleh pelbagai pihak di media sosial, wartawan berkenaan tidak menggunakan perkataan ‘aparteid’ di forum tersebut.

Bagaimanapun, FMT mengakui sensitiviti yang terkandung dalam komen dan soalan diajukan oleh wartawan tersebut, yang mana telah dikecam sewajarnya oleh Galloway.

Sebagai organisasi berita yang bertanggungjawab, FMT ingin menyatakan kami sama sekali tidak melaporkan perkara-perkara sedemikian atau menyokong pertanyaan sedemikian oleh wartawan kami.

FMT kesal atas kesulitan dicetuskan oleh wartawan kami terhadap penceramah forum, penganjur, hadirin, dan rakyat Malaysia secara amnya, dan dengan tulus ikhlas memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul.

 

Nelson Fernandez, Pengerusi Eksekutif

Azeem Abu Bakar, Pengarah Urusan

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.