![sultan-kedah](/_next/image/?url=https%3A%2F%2Fs3media.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2017%2F09%2Fsultan-kedah.jpg&w=3840&q=75)
Pesanan takziah daripada rakyat Malaysia memenuhi media sosial petang tadi.
Menteri besar Kedah dijangka membuat pengumuman rasmi hari ini.
Sultan Abdul Halim dilantik Agong pada usia 47 tahun, dan sekali lagi pada 2011, satu-satunya raja Melayu yang dilantik ke jawatan itu 2 kali.
Sultan Abdul Halim menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Titi Gajah di Alor Setar sebelum melanjutkan pelajaran ke Kolej Sultan Abdul Hamid.
Sultan Abdul Halim lulusan sains sosial dan pentadbiran awam dari Kolej Wadham, United Kingdom.
Sultan Abdul Halim menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-5 pada 1970, ketika negara sedang pulih dari rusuhan kaum 13 Me 1969.
Sultan Abdul Halim sekali lagi dilantik Yang di-Pertuan Agong mengikut sistem giliran 9 Raja-Raja Melayu.
Sultan Abdul Halim dilahirkan pada 28 November 1927 dan menaiki takhta Kedah selepas kemangkatan bapanya, Sultan Badlishah, pada 1958.
Sultan Abdul Halim mengahwini Sultanah Bahiyah Tuanku Abdul Rahman, yang meninggal dunia pada 2003.
Sultan Abdul Halim kemudian mengahwini Haminah Hamidun, dari Perak, yang ditabalkan sebagai Sultanah pada 2004.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram