HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Selepas video viral, keluarga profesor dijadikan watak kartun

-

Lauren Martin dan Jarryd Mandy tampil dengan idea kartun itu selepas menonton video viral sesi temu bual bersama BBC itu lebih 100 kali.

0
Shares
Total Views: 1
marion-kelly
Ingat lagi rakaman viral seorang kanak-kanak perempuan bernama Marion Kelly dan adiknya James Kelly yang mengganggu sesi temu bual bapa mereka bersama BBC menerusi Skype?

Robert Kelly yang tergamam seketika, meminta maaf beberapa kali sebelum menyambung temu bualnya, disusuli Kim Jung A mengheret 2 anaknya keluar dari bilik.

Tindakan spontan 2 kanak-kanak itu menjadi sumber inspirasi untuk siri kartun yang diberi nama “The Adventures Of Mina And Jack”.

Dalam video permulaan selama 3 minit 9 saat itu, beberapa ciri untuk 4 watak itu dikekalkan sama dengan realiti, iaitu James masih duduk di kerusi beroda bayi, manakala Marion berkaca mata, Robert ialah profesor dan Kim pula guru yoga.

Kartun terbitan Hans House Productions itu menceritakan kisah kanak-kanak bernama Mina dan adik lelakinya, Jack membantu menyelesaikan masalah bapa mereka, seorang pegawai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dalam pelbagai ragam, menurut pasukan produksi itu dalam satu satu kenyataan.

“Saya fikir ia sangat comel. Saya dan isteri ketawa melihat kartun itu. Ia menunjukkan betapa peliknya saya ketika itu,” kata Robert yang juga seorang pensyarah di Pusan National University di Korea Selatan.

Penulis, Lauren Martin dan pembangun aplikasi, Jarryd Mandy tampil dengan idea kartun itu selepas menonton video viral berkenaan lebih 100 kali.

Setakat ini, video itu mendapat sambutan positif daripada pengguna YouTube yang menyifatkannya idea menarik dan sangat comel.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.