HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Mahkamah akhirnya akan dengar permohonan Gani Patail

-

Kes melibatkan Gani dan 11 kakitangan awam lain diteruskan selepas terhenti beberapa bulan kerana pembunuhan bekas pendakwa raya Kevin Morais.

0
Shares
Total Views: 1
Sri-Abdul-Gani
PUTRAJAYA: Setelah 18 bulan berlalu Mahkamah Persekutuan akhirnya akan mendengar permohonan oleh bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan 11 pihak lain untuk kebenaran menterbalikkan keputusan mahkamah rendah menolak permohonan membatalkan tuntutan seorang pegawai kanan polis yang mendakwa salahguna kuasa.

Peguam kerajaan Saiful Nizam Shahrin, yang tampil bagi pihak perayu, berkata tarikh ditetapkan selepas pengurusan kes di hadapan timbalan pendaftar mahkamah.

“Kami sudah memfailkan semua dokumen, termasuk persoalan undang-undang, untuk memohon kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan,” katanya kepada pemberita.

Peguam S C Tey tampil bagi bagi pihak bekas pengarah Jabatan Jenayah Komersial (CCID) Datuk Ramli Yusuff.

Pada November 2013, Ramli dan peguam Rosli Dahlan memfailkan 2 saman berasingan terhadap Gani dan 11 pihal lain, menuntut ganti rugi RM175.5 juta untuk tort misfeasans dalam jawatan awam dan pendakwaan berniat jahat.

Ramli, yang menuntut ganti rugi RM128.5 juta, mendakwa kakitangan awam terbabit dengan niat jahat dan tanpa sebab yang munasabah menyiasat dan mendakwanya di mahkamah atas 4 pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Rasuah dan Kanun Keseksaan.

Ramli sudah dibebaskan daripada tuduhan terhadapnya.

Sementara itu, Rosli memfailkan tuntutan RM47 juta terhadap Gani dan 10 yang lain mendakwa perayu berkomplot untuk menangkap dan mendakwanya di mahkamah bagi kes berkaitan rasuah.

Rosli juga dibebaskan daripada tuduhan terhadapnya. FMT difahamkan kerajaan menyelesaikan tuntutan itu dengan Rosli di luar mahkamah untuk suatu jumlah yang tidak didedahkan.

Kerajaan memfailkan permohonan untuk membatalkan tuntutan terhadapnya tetapi pada April 2014, Hakim Vazeer Alam Mydin Meera menolak kes itu.

Vazeer memutuskan kekebalan daripada pendakwaan secara mutlak untuk kakitangan awam tidak mempunyai tempat dalam masyakarat demokrasi yang progresif.

Setahun kemudian, Mahkamah Rayuan menolak kedua-dua rayuan dan memerintahkan perkara itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi. Kerajaan pada Mei 2015 diarah memfailkan pembelaan agar perbicaraan boleh diteruskan.

Bagaimanapun, kerajaan pergi ke Mahkamah Persekutuan untuk menggantung prosiding di Mahkamah Tinggi kerana mahu mendapatkan kebenaran daripada mahkamah untuk mengenepikan dapatan Mahkamah Rayuan.

Perkara itu tidak dapat diteruskan kerana salah seorang defendan dalam tuntutan itu, bekas timbalan pendakwa raya Datuk Kevin Morais dibunuh mada 16 September 2015.

Tey berkata kes itu kini boleh diteruskan kerana M Raam Kumar sudah dilantik sebagai wasi dan pemegang amanah harta pusaka Kevin.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.