HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Viral video ibu suap anak makan cacing

-

Netizen marah dan kecewa melihat rakaman video yang menunjukkan seorang wanita menyuapkan cacing ke dalam mulut seorang kanak-kanak.

0
Shares
Total Views: 1
cacing_makan45

PETALING JAYA:
Terkejut melihat gambar seorang kanak-kanak diberi makan cacing hidup oleh seorang wanita. Bayangkan anak sendiri di kedudukan itu, mestilah marahkan?

Kejadian itu berlaku di Lombok, Indonesia apabila satu rakaman menunjukkan ibu kanak-kanak itu menyuapkan cacing ke dalam mulut anaknya.

Rupa-rupanya, ia sebahagian daripada budaya suku asli Lombok iaitu Sasak sempena sambutan Pesta “Bau Nyale”, menurut laporan Tribun News.

Ya, pesta Bau Nyale adalah pesta tertua di Lombok yang disambut sebagai simbol kesyukuran.

“Bau” bermaksud menangkap dan “nyale” merujuk kepada sejenis cacing laut yang berwarna-warni.

Pesta itu diadakan setahun sekali, pada Februari atau Mac ketika cacing jenis itu keluar dari pasir sepanjang pesisir pantai.

Pada hari itu orang ramai berkumpul dan sama-sama mencari cacing “nyale” di pantai Segar, Kuta di selatan pulau Lombok.

Mengikut kepercayaan suku kaum Sasak, Puteri Mandalika mengorbankan diri dalam laut dan menjelma sebagai cacing berwarna selepas tidak mahu mengecewakan jejaka yang datang meminangnya.

Suku Sasak percaya memakan cacing “nyale” akan membuatkan mereka awet muda dan tampil cantik menawan.

Manakala lelaki yang memakan cacing itu pula akan dapat menemui jodoh secepat mungkin.

Petani pula percaya kemunculan cacing yang banyak menjadi petanda tanah subur sekali gus menjadikan tanaman mereka tumbuh subur.

https://www.youtube.com/watch?v=GDLrNjV-pgg

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.