HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Raja Azmi dilantik CEO Malaysia Airports

-

Pelantikannya seiring keperluan syarikat berikutan peningkatan jumlah pengguna lapangan terbang di Malaysia.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
PUTRAJAYA, Raja Azmi Raja Nazuddin dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif Kumpulan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bagi tempoh 3 tahun berkuat kuasa serta-merta.

Dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata Raja Azmi sebelum ini memangku jawatan tersebut selama 6 bulan sejak Jun 2018 dan pelantikan beliau turut mendapat kelulusan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Pelantikan Raja Azmi adalah bertepatan dan seiring dengan keperluan syarikat yang pada masa ini mengalami peningkatan ketara dalam jumlah pengguna lapangan terbang di Malaysia,” katanya.

Lim turut menyuarakan keyakinan terhadap keupayaan Raja Azmi bagi memastikan kecekapan dan keberkesanan pengurusan serta operasi MAHB dapat dipertingkatkan.

Raja Azmi menyertai MAHB sebagai ketua pegawai kewangan pada 1 Februari 2016.

Sebelum itu, beliau memegang jawatan ketua pegawai kewangan kumpulan dan seterusnya pengarah eksekutif UDA Holdings Bhd serta berpengalaman sebagai pengarah urusan/ketua pegawai eksekutif di Zelan Bhd, pengarah kewangan kumpulan UEM Group Bhd dan pengarah eksekutif Time Engineering Bhd.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.