Jika melihat timbunan sampah, pasti kita geli. Tidak kurang juga ada yang rasa mahu muntah dengan ‘haruman semerbak’ dari sampah yang berlonggok.

Namun tidak bagi dua beradik ini.
Melalui perkongsian beberapa keping gambar di akaun Facebook, Mohd Shahrizad memberitahu dia melihat dua adik beradik ini menyelongkar timbunan sampah di Pasar Pelabuhan Klang pada waktu awal pagi.
Mereka lengkap berpakaian seragam sekolah!

“Cari barang nak jual bang nak buat duit belanja sekolah,” jawab mereka ringkas.
Sedih dengan keadaan dua beradik itu, Shahrizad menghulurkan sedikit duit untuk belanja sebelum beredar.
Kisah dua beradik ini mendapat perhatian luas di media sosial. Ia turut mendapat respon Lembaga Zakat Selangor.
https://www.facebook.com/zakatselangor/photos/a.10150305773006221/10156821431206221/?type=3&theater
LZS aka menemui keluarga kepada dua beradik tersebut bagi mengetahui kisah yang sebenar.
FMT Ohsem mendoakan semoga ada jalan terbaik untuk keluarga ini.