HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Kumpulan kesihatan awam puji langkah berani kerajaan tamatkan ‘monopoli’ Pharmaniaga

-

Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial yakin keputusan Putrajaya menamatkan konsesi Pharmaniaga akan menyebabkan harga ubat-ubatan lebih rendah.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Pada 2015, Pharmaniaga membekalkan 38.5% daripada RM2.3 bilion ubat-ubatan untuk semua hospital dan klinik kerajaan serta institusi Kementerian Kesihatan lain.

PETALING JAYA:
Sebuah badan pemikir kesihatan awam menyambut baik keputusan kerajaan menamatkan monopoli bekalan ubat-ubatan Pharmaniaga Berhad kepada hospital kerajaan sebagai langkah “berani”.

Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial turut menyuarakan keyakinan terhadap langkah itu akan menyebabkan harga ubat-ubatan lebih rendah.

“Bagi tempoh cukup lama, amalan orang tengah sedia ada, seperti penggunaan ejen tender Bumiputera menyumbang kepada kenaikan kos penjagaan kesihatan awam sejak sedekad lalu dan menyebabkannya mahal bagi kerajaan serta rakyat.

“Kita perlu hapuskan amalan orang tengah,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Galen, Azrul Mohd Khalib kepada FMT.

Katanya, dengan pengenalan sistem tender terbuka di bawah Senarai Pembelian Produk Diluluskan (APPL), pembekal kini boleh berunding secara terus dengan kerajaan.

Semalam, Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad dilaporkan berkata, kerajaan akan memperkenalkan sistem tender terbuka untuk menggantikan konsesi sedia ada kepada Pharmaniaga.

Pengkritik melabelkan konsesi tunggal Pharmaniaga untuk membeli, menyimpan, membekal dan mengagihkan sekurang-kurangnya 700 produk farmaseutikal di bawah APPL sebagai monopoli.

Pada 2015, Pharmaniaga membekalkan 38.5% daripada RM2.3 bilion ubat-ubatan untuk semua hospital dan klinik kerajaan serta institusi Kementerian Kesihatan lain.

Azrul berkata, pemerolehan dan rangka rantaian bekalan yang lebih berdaya saing, berbeza serta telus, boleh menjimatkan berjuta ringgit dana kerajaan dan memberi pilihan ubat-ubatan serta rawatan lebih baik, murah dan mudah diperolehi.

“Daripada dipaksa berurusan dengan ejen tender seperti Pharmaniaga yang bukan saja ialah pemegang konsesi tunggal untuk APPL, tetapi juga bertindak sebagai orang tengah, syarikat farmaseutikal perlu dibenarkan untuk berunding terus dengan kerajaan.”

Sementara itu, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata walaupun ia langkah baik untuk menamatkan konsesi Pharmaniaga, mungkin timbul kebimbangan terhadap bekalan ubat-ubatan dan perkhidmatan kesihatan ke kawasan pedalaman.

“Perkhidmatan ini tidak boleh tergendala. Kerajaan perlu memastikannya.”

Katanya, Kementerian Kesihatan perlu memberikan butiran skop, peranan dan sasaran yang perlu dipenuhi pembekal baru.

“Ini termasuk bagaimana mereka mendapat keuntungan dan berapa lama kontrak mereka. Adakah ubat yang dibekalkan lebih murah?

“Tiada guna sekadar menukar pemain dan bukannya cara mereka kerja.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.