
Katanya, beliau memahami jika ada pihak tidak berpuas hati dengannya kerana menyertai PRK kali ini.
“Tetapi apakah baiknya kalau kita boleh bersemuka dan berbicara tentang masalah yang ingin diadu dan ketidakpuasan hati tuan-tuan sekalian,” katanya kepada media.
Beliau berkata walaupun kecewa beliau tetapi tetap akan bersama penyokong Tanjung Piai.
“Perjuangan saya tiada garis penamatnya.”
PRK Tanjung Piai menyaksikan pertarungan enam penjuru antara Gerakan, Pakatan Harapan, Barisan Nasional, Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dan dua calon bebas.
Selain Wendy, mereka yang bertanding ialah Wee Jeck Seng, Karmaine, Badhrulhisham Abdul Aziz, Ang Chuan Lock dan Faridah Aryani Abd Ghaffar.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram