HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

14 cedera bas terbalik di Tapah

-

Seramai 12 warga Indonesia dan dua warga Nepal berumur 21 hingga 42 tahun cedera ringan.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Keadaan bas yang terbalik di KM315 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan di Tapah hari ini. (Gambar Facebook)

TAPAH:
Empat belas pekerja kilang warga asing cedera ringan selepas bas dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbalik di KM315 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan di Tapah hari ini.

Ketua Polis Daerah Tapah, Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, dalam kejadian 5.10 pagi itu, bas yang membawa 30 pekerja kilang dari Pulang Pinang itu dalam perjalanan ke Genting Highlands.

Ia dipercayai hilang kawalan dan melanggar penghadang jalan sebelum terbalik di bahu jalan sebelah kiri.

Katanya, mangsa terdiri daripada 12 warga Indonesia dan dua warga Nepal berumur 21 hingga 42 tahun, dibawa ke Hospital Tapah untuk rawatan.

“Pemandu bas berumur 34 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.