Bila bercakap tentang kisah mistik dan paranormal, pasti ramai yang gerun mendengarnya, apatah lagi melihat sendiri di depan mata.

Masakan tidak, ada beberapa kisah mistik yang kita anggap ia cerita dongeng, namun pernah menjadi realiti di alam nyata.
Gangguan daripada makhluk halus adakalanya sehingga memaksa perubatan tradisional digunakan untuk memulihkannya.
Namun ada perkara yang lebih pelik daripada itu apabila satu penyelidikan yang dibuat di Singapura mendapati masyarakatnya lebih takutkan lipas daripada kematian, hantu dan kesunyian.

Secara asasnya, lipas mempunyai satu tabiat buruk semasa makan kerana mereka akan melakukan “regurgitasi” iaitu memuntahkan balik apa yang sedang di makan.
Maka jika lipas makan di tempat sampah, maka di situ juga dia akan “beregurgitasi”.
Sampah yang dah memang penuh dengan kuman, ditambah pula dengan najis lipas, kuman-kuman bahaya ini akan melekat pada kaki lipas.
Bahkan terdapat satu kajian bahawa lipas membiakkan bakteria “Pseudomonas Aeruginosa” di ususnya.
Bakteria ini boleh sebabkan jangkitan pada salur kencing, masalah pencernaan dan keradangan pada badan.
Bukan itu sahaja, lipas ini menjadi punca alahan pada kanak-kanak dimana air liur dan badan lipas mempunyai ratusan alergen yang boleh menyebabkan alahan seperti ruam, kegatalan, bersin dan mata berair.
Kaji selidik oleh agensi antarabangsa “YouGov” itu mendapati lipas berada pada tempat keempat dalam senarai perkara yang paling ditakuti penduduk Singapura diikuti lemas, api dan reptilia.
Tinjauan agensi yang berpangkalan di Britain itu membabitkan 1,033 responden pelbagai peringkat umur di seluruh negara sempena sambutan Halloween.
Sementara itu, 40% responden takutkan kematian dan 31% responden takutkan labah-labah.
Manakala 39% responden takutkan hantu manakala 21% lagi takutkan doktor gigi.
Sumber : mothership.sg
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram