HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Percaya atau tidak, gaya komunikasi faktor utama kita diambil kerja

-

Apa yang ada katakan pada permulaan temuduga boleh menunjukkan bagaimana anda akan dinilai berdasarkan kompetensi dan kesesuaian terhadap jawatan tersebut.

0
Shares
Total Views: 1

Free Malaysia Today
Pernahkah anda menilai diri anda bagaimana gaya anda menyampaikan ucapan di hadapan seseorang?

Adakah mereka tertarik dengan kata-kata anda atau mungkin anda rasa ucapan anda cukup bagus?

Gaya percakapan anda dinilai

Berdasarkan penelitian terbaharu, status sosial calon pekerja baharu dinilai berdasarkan beberapa saat mereka mula bercakap.

Kita mungkin fikir bahawa penilai akan menilai apa yang kita ucapkan berkenaan pengalaman, tingkah laku dan idea kita.

Bagaimanapun, ia mungkin berlainan daripada apa yang kita sangkakan.

Kajian menunjukkan bahawa terdapat kecenderungan dalam pengambilan pekerja berdasarkan gaya percakapan mereka.

Apa yang ada katakan pada permulaan temuduga boleh menunjukkan bagaimana anda akan dinilai berdasarkan kompetensi dan kesesuaian terhadap jawatan tersebut.

Kajian tersebut turut menyatakan, penemu duga boleh menilai keadaan sosio-ekonomi seseorang calon melalui pendapatan, pendidikan dan status pekerjaan dengan tepat berdasarkan corak ucapan ringkas mereka.

Isyarat sebutan dalam ucapan seseorang individu boleh menunjukkan status sosial mereka dengan lebih tepat berbanding isi kandungan ucapan mereka.

Mengapa boleh jadi begini? Penemu duga biasanya dipengaruhi oleh persepsi mudah yang lebih cenderung untuk memilih calon pekerja daripada kelas sosial yang lebih tinggi.

Berdasarkan kajian inilah, satu tindakan perlu dilaksanakan agar pengambilan pekerja lebih bersifat sama rata.

Nilai individu dengan lebih adil, bukan persepsi semata-mata

Salah seorang penyelidik tersebut, Dr. Kraus menyatakan, kita jarang memperkatakan secara jelas mengenai kelas sosial, namun, penemu duga cenderung untuk membuat kesimpulan bahawa kecekapan dan kesesuaian pekerjaan adalah berdasarkan kedudukan sosio-ekonomi seseorang individu.

Menurut beliau lagi, sekiranya kita mahukan sistem masyarakat yang adil, kita perlu mengelakkan daripada berfikir dengan cara yang boleh memberi kesan terhadap bagaimana kita melihat orang lain.

Perlu diingat bahawa bakat seseorang individu bukanlah bergantung semata-mata kepada status ekonomi mereka.

Bakat bukanlah bergantung sekiranya seseorang itu kaya atau daripada keluarga yang berpendidikan tinggi.

Ia bergantung kepada usaha masing-masing. Dr. Kraus juga menambah, dasar atau polisi yang merekrut pekerja daripada kesemua tahap kelas sosial dalam masyarakat adalah kaedah yang paling baik.

Kini anda mungkin telah tahu, bahawa kadang-kadang bukanlah isi kandungan yang menentukan seseorang diambil bekerja, tetapi gaya percakapan anda mungkin menjadi faktor utama.

Selepas ini, anda boleh berlatih bercakap dengan gaya yang lebih menarik dan jangan lupa untuk memperbanyakkan bacaan bagi menambahkan diri dengan maklumat dan info semasa.

Mungkin penemu duga juga ingin melihat sejauh mana anda mengikuti hal ehwal semasa yang berlaku di sekeliling anda. Tidaklah nampak seperti “katak di bawah tempurung” kan?

Artikel ini diterbitkan di hellodoktor.com dan disemak Dr Duyen Le. Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.