HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Kelawar masak lemak hidangan istimewa Indonesia

-

Kehidupan masyarakat di Indonesia dengan pelbagai etnik turut menyajikan hidangan istimewa buat mereka tetapi pelik bagi masyarakat luar termasuk Malaysia.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Masak lemak kelawar menjadi hidangan pilihan utama penduduk di Sulawesi Utara.

Dalam keadaan Malaysia kini ingin mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020), pelbagai keunikan cuba ditampilkan dari segi hidangan dan kesenian pada pada sesebuah negeri bagi menarik minat para pelancong.

Namun dalam setiap keunikan itu, ada yang lebih pelik daripada itu apabila Indonesia turut menyajikan makanan istimewa mereka iaitu kelawar masak lemak.

Ia sememangnya pelik bagi masyarakat Malaysia kerana binatang tersebut hanya perlu memainkan peranan penting dalam proses pendebungaan, dan bukan dibuat sebagai santapan.

Tetapi di Indonesia, menu kelawar masak lemak ini sangat popular di Sulawesi Utara yang sememangnya diketahui mempunyai kepelbagaian etnik.

Ia dirakam menerusi sebuah episod Best Ever Food Review Show, di mana pada peringkat permulaan penonton akan ditunjukkan lokasi pasar basah yang menjual binatang eksotik dan kelawar menjadi permintaan tertinggi berbanding binatang lain.

Free Malaysia Today
Kepala kelawar tidak akan dibuang kerana kulit di sekeliling kepala kelawar serta lidahnya adalah bahagian paling enak dimakan.

Menurut masyarakat di situ, mereka akan memotong kelawar menjadi kecil dan membersihkan di bahagian-bahagian tertentu supaya tidak berbau hanyir sebaik sahaja ia dimasak.

Kepala kelawar itu juga tidak akan dibuang kerana bagi mereka, kulit di sekeliling kepala kelawar serta lidahnya adalah bahagian paling enak dimakan.

Manakala bahagian sayapnya pula akan turut dimasak bersama kerana teksturnya lebih kenyal menjadikan ia bahagian yang turut diminati sesetengah masyarakat.

Dalam masakan tersebut beberapa bahan seperti daun pandan, bawang besar, rempah, serai, cili dan santan akan dimasukkan bersama bagi menambah lagi selera masakan kelawar masak lemak.

Mengikut tradisi komuniti masyarakat Sulawesi itu, ia akan dimakan bersama nasi panas di atas daun pisang bagi meningkatkan aroma masakan tersebut ketika dihidangkan.

Free Malaysia Today
Pengacara ‘Best Ever Food Review Show’, Sonny Side ketika mencuba masakan kelawar masak lemak dalam rancangan itu.

Sonny Side yang merupakan pengacara bagi episod tersebut merasai keunikan masakan itu dan dia turut mengajak krew nya yang lain untuk merasai, namun ditolak.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.