HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Covid-19: Penerbangan masuk ke Sarawak dikurangkan

-

Timbalan Ketua Menteri Sarawak Douglas Uggah Embas berkata, keputusan itu juga dibuat bagi mengurangkan kes import Covid-19 ke negeri ini.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Sarawak mengurangkan penerbangan masuk ke negeri itu bermula 16 Jan lalu. (Gambar Bernama)

KOTA SAMARAHAN:
Jumlah penerbangan masuk ke negeri ini dikurangkan berkuat kuasa sejak 16 Jan lepas bagi memastikan jumlah kemasukan penumpang selari dengan bilangan bilik hotel yang ada untuk menempatkan mereka yang tiba dan perlu dikuarantin wajib selama 14 hari.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak Douglas Uggah Embas berkata, keputusan itu juga dibuat bagi mengurangkan kes import Covid-19 ke negeri ini.

“Kami telah melalui pengalaman pahit setelah kami membenarkan kuarantin di rumah yang mengakibatkan kes merebak begitu dahsyat di Sibu dan Miri.

“Jadi kami membuat keputusan mengurangkan penerbangan supaya bilik hotel kita di Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri mencukupi bagi menampung keperluan kuarantin,” katanya kepada pemberita selepas meninjau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 di Pasar Bandar Riyal, Samarahan.

Selain itu, katanya pihak berkuasa negeri juga kini memperhebatkan gerakan memburu pendatang tanpa izin dalam usaha membendung penularan kes import Covid-19.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.