HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Putrajaya waspada ancaman godam laman web kerajaan

-

MKN dan Jabatan Perdana Menteri melalui Agensi Keselamatan Siber Negara memandang serius ancaman itu serta sedang bekerjasama dengan polis untuk mengambil tindakan sewajarnya.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Sekumpulan penggodam yang menggelar diri ‘Anonymous Malaysia’ memberi amaran akan melancarkan serangan siber terhadap laman web kerajaan dan aset dalam talian.

PETALING JAYA:
Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengeluarkan notıs amaran kepada semua agensı kerajaan untuk mengambıl langkah perlu bagi mencegah dan meminımumkan impak ancaman laman web kerajaan digodam.

Langkah itu menyusul sekumpulan penggodam bernama “Anonymous Malaysia” yang memberi amaran akan melancarkan serangan siber terhadap laman web kerajaan dan aset dalam talian dalam melalui #OpWakeUp21.

Kumpulan itu dalam sebuah video dalam talian baru-baru ini berkata, mereka akan melancarkan serangan siber sebagai “wake-up call” buat kerajaan yang dikatakan untuk membalas dendam pelanggaran data dan penjualan maklumat peribadi orang ramai, yang kini digunakan dalam penipuan.

MKN menerusi kenyataan berkata, pihaknya dan Jabatan Perdana Menteri melalui Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) memandang serius ancaman untuk menggodam laman web kerajaan itu serta sedang bekerjasama dengan polis untuk mengambil tindakan sewajarnya.

“Kerajaan amat mengambil berat dan memberi keutamaan terhadap keselamatan infrastruktur teknologı maklumat kerajaan serta sistem kritikal negara dengan menggariskan tindakan pengukuhan sistem teknologi maklumat, termasuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai berkaitan.

“Tindakan ini sudah digariskan menerusi Strategi Keselamatan Sıber Malaysia yang dılancarkan pada Oktober 2020 lalu.”

Kumpulan itu mula aktif pada 2011 apabila 91 laman web kerajaan digodam melalui Operation Malaysia.

Kali terakhir kumpulan itu aktif adalah 2015 dengan ancaman untuk melancarkan serangan siber besar-besaran, jika Perdana Menteri ketika itu, Najib Razak, tidak meletak jawatan.

Pada masa sama, kumpulan itu turut menyasarkan 150 laman web, termasuk laman yang dikendalikan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.