
Presiden Kumpulan AirAsia Bo Lingam berkata, penggunaan pasport Covid-19 boleh membantu memulihkan perjalanan antarabangsa.
Bagaimanapun katanya, lebih cepat kerajaan dan industri penerbangan dapat mengesahkan penyelesaian standard terbaik yang diiktiraf di seluruh dunia, maka lebih baik dan mudah pula perjalanan antarabangsa boleh bermula semula.
“Jika tidak, penumpang dan syarikat penerangan akan mengeluarkan banyak pas perjalanan.”

Baru-baru ini, pihak berkuasa Singapura berkata, bermula bulan depan negara itu akan membenarkan pengembara masuk yang menggunakan pas perjalanan diguna pakai oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarbangsa (IATA) mengongsi keputusan ujian Covid-19 pra pelepasan dengan syarikat penerbangan dan kakitangan imigresen.
Pas IATA adalah antara pasport digital standard yang membolehkan orang ramai membuat perjalanan tanpa sekatan dan boleh berperanan sebagai penyelesaian bagi sektor penerbangan.
Ia membolehkan pengembara menyimpan keputusan ujian Covid-19 daripada makmal yang diakreditasi.
Lingam berkata, pas IATA hanya diterima oleh syarikat penerbangan sedunia, tetapi tidak oleh pihak berkuasa imigresen di semua negara.
“Selain proses vaksinasi yang sedang berjalan di seluruh dunia, ujian serta pendidikan lebih baik dan pembentukan gelembung perjalanan percutian antara negara berisiko rendah, pasport digital yang diiktiraf di seluruh dunia sangat penting bagi pemulihan perjalanan udara antarbangsa,” katanya.
Beliau berkata, jika Malaysia membuat keputusan untuk menggunakan pasport digital Covid-19, rancangan itu harus diselaraskan di peringkat antarabangsa dan serantau.
“Ia mungkin penyelesaian IATA atau kaedah lain dari Malaysia atau Asean. Paling penting hasilnya dipersetujui bersama oleh kerajaan, pihak berkuasa kesihatan dan industri utama di seluruh dunia.

Pengarah urusan sebuah kumpulan perunding trafik Rosli Azad Khan berkata, kerajaan seharusnya menerima pakai pas IATA, tanpa perlu mewujudkan perkara yang sama.
“IATA adalah persatuan syarikat penerbangan sedunia. Penyelesaian digitalnya adalah untuk semua anggotanya,” kata beliau.
Katanya, pas IATA lebih selamat digunakan berbanding pasport vaksin kerana aplikasi digitalnya memerlukan keputusan ujian PCR atau “rapid antigen”.
“Pasport vaksin tidak berkesan,” katanya kepada FMT.
“Individu yang telah divaksinasi mungkin masih positif Covid-19 dan membawa virus itu.
“Keputusan ujian lebih meyakinkan. Dengan cara ini, hanya mereka yang diuji negatif dibenarkan membuat perjalanan.”
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram