HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Usia 4 tahun sudah dilatih jadi atlet gimnastik

-

Sekolah Gimnastik Li Xiaoshuang cuba lakukan perubahan dari latihan keras kepada suasana latihan lebih menyeronokkan.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Kanak2 seawal 4 tahun sedang berlatih. (Gambar AFP)

Semua tahu bahawa China adalah jaguh sukan dunia termasuk atlet sukan gimnastiknya yang sering dicemburui negara lain.

Namun, di sebalik kejayaan itu, tidak ramai sedar mengenai keperitan dilalui kanak-kanak kecil yang dilatih sejak awal untuk dihantar menyertai pertandingan gimnastik.

Biarpun ramai pihak mengkritik sistem di China itu, namun mereka berjaya melahirkan ramai atlet cemerlang dalam sukan Olimpik.

Di Sekolah Gimnastik Li Xiaoshuang, Xiantao, barat Wuhan, kelihatan ramai kanak-kanak seawal usia empat tahun sudah pun dikerah berlatih.

Mereka adalah rekrut terbaharu yang diambil untuk menerima latihan keras hingga berjaya menjadi atlet satu hari nanti.

Menurut jurucakap sekolah itu, walaupun sepatutnya diberikan latihan sukar namun fokus mereka kini adalah untuk menyediakan persekitaran menyeronokkan supaya tidak terlalu obses dengan pingat.

“Kami lebih tenang sekarang. Sebelum ini memang harapan kami untuk melahirkan ramai juara.

“Namun kini masyarakat dan pemikiran sudah berubah, jadi kaedah latihan kami juga berubah,” kata timbalan guru besar, Liu Fen.

Sukan Olimpik Tokyo yang ditangguhkan kepada Julai ini akan menjadi tempat untuk mereka ‘menuai’ hasil atlet yang dilatih selama beberapa tahun.

Tekanan kali ini lebih tinggi terutama selepas pasukan gimnastik negara itu gagal meraih pingat emas dalam Sukan Olimpik Rio 2016 iaitu lapan tahun mendominasi sukan itu di Beijing.

Walaupun sekolah gimnastik itu menyediakan kelas akademik untuk muridnya namun fokus utama ialah sesi latihan di gimnasium.

Mereka akan diajar melakukan regangan dan berdiri menggunakan tangan serta bergayut pada besi sebagai latihan biasa.

Liu berkata, mereka cuba melakukan perubahan kerana kaedah lama tidak lagi relevan untuk keadaan sekarang.

“Jika anda sentiasa mengikut model latihan cara lama, ia tidak akan berkesan,” katanya.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.